25/11/14
Cameron
Shenk, lelaki dari Amerika Syarikat berusia 26 tahun, ditangkap polis
kerana dipercayai dia dalam keadaan telanjang ketika jatuh dari bumbung lapangan terbang udara internasional Logan, Kota Boston, kemudian dia menyerang seorang lelaki 84 tahun.
Dia jatuh di ruang tandas perempuan. Akibat terjatuh, kepala dan badannya luka. Ketika baru terjatuh dan masih berdarah-darah itu dia menyerang seorang lelaki tua itu hingga cedera parah, seperti dilansir akhbar the Daily Mail, Ahad (23/11).
Shenk dipercayai membuka bajunya di atas atap salah satu tandas perempuan kerana bajunya ikut terjatuh sebelum berusaha naik lagi ke atap.
"Alasan dia berbuat itu masih dalam penyiasatan. Shenk menyerang lelaki 84 tahun hingga dia luka serius," kata Polis Negara Massachusetts dalam pernyataan di web resmi mereka.
Korban dan pelaku lalu dibawa ke rumah sakit setempat untuk mendapat rawatan.
Selain menyerang lelaki tua, Shenk juga dipercayai melawan ketika ditangkap dan mencederakan salah satu anggota polis itu.
Dari catatan polis , diketahui Shenk sebelumnya pernah merosak properti dan akan menghadiri perbicaraan di mahkamah Boston.
sumber: Merdeka.com
No comments:
Post a Comment