SEMERAK - Tanda tanya mengenai kehilangan ternakan ayam dan itik di
Kampung Raja Dagang di sini, akhirnya terjawab selepas seekor ular sawa
berukuran lebih tiga meter berjaya ditangkap.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Raja Dagang, Yusof Nordin yang dibantu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Yusof Awang Mat mengambil masa selama 20 minit untuk menangkapnya.
Yusof Nordin berkata, dia bergegas ke rumah penduduk jam 7 pagi kelmarin, selepas dimaklumkan mengenai penemuan seekor ular sawa berhampiran reban itik.
Katanya, ular seberat lebih lapan kilogram itu sedang membelit seekor itik dan bertindak agresif ketika dihampiri.
“Saya memberanikan diri menangkap ular itu, namun lengan dan badan saya dibelit dengan kuat ketika saya memegang lehernya. Dengan bantuan Pengerusi JKKKP, ular itu berjaya ditangkap dan kami masukkan ke dalam guni,” katanya.
Menurutnya, ular sawa itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.
Yusof berkata, sebelum ini penduduk mengadu kehilangan itik dan ayam dan sesetengahnya menemui bangkai ayam dan itik yang mati di sekitar rumah mereka.
“Saya menasihati penduduk supaya berhati-hati kerana mungkin terdapat seekor lagi pasangan ular berkenaan di sekitar ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment