Tuesday, November 11, 2014

MP: 1MDB makin terbeban dengan hutang

11 Nov 2014
MP DAP, Tony Pua berkata beliau melihat kedudukan kewangan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad kini dalam keadaan sukar.

Hinggakan, firma berkenaan kini terpaksa membuat penjadualan semula pembayaran balik hutang berjumlah RM6.17 bilion, katanya dalam sidang media di bangunan parlimen.

Firma berkenaan melanjutkan tempoh pembayaran hutang tersebut selama enam bulan dengan pembiayaan semula sebanyak RM5.5 bilion, kata MP Petaling Jaya Utara itu.

Beliau membuat dakwaan itu dengan memetik kenyataan kewangan yang diserahkan 1MDB kepada Suruhanjaya Syarikat bagi tahun kewangan 2014.

"Kesukaran 1MDB membayar semula pinjamannya dan harga yang dipersetujui syarikat itu untuk pembiayaan semula hutangnya memberikan bukti jelas bahawa syarikat itu berdepan kesukaran untuk mengimbangkan aliran tunainya," kata Pua
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment