Tuesday, November 18, 2014

Parlimen catat sejarah, sesi jawab lisan sehingga soalan 23

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir sehingga soalan nombor 23.

Ini kerana, sebanyak 10 soalan tidak dapat dijawab disebabkan Ahli Parlimen, Menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir ke dewan sewaktu sesi tersebut.

Sebaik tiba soalan ke-13, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohd Said memanggil satu persatu Ahli Parlimen bagi mengajukan soalan hingga ke soalan 22, bagaimanapun mereka tiada dalam dewan.

Manakala dua soalan daripada Ahli Parlimen Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) dan Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) tidak dapat dijawab kerana Menteri Pengangkutan dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta timbalan mereka tidak ada di dalam dewan untuk menjawab soalan.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandika Amin Mulia meminta dewan agar mencontohi negara New Zealand yang berjaya menghabiskan 30 soalan.

"Insyallah, sampai ke soalan ke-30 seperti New Zealand,"katanya sebaik mempengerusikan sidang Mesyuarat di peringkat Jawatankuasa.

Masa yang diperuntukan untuk sesi soal jawab selama satu jam setengah ianya bermula jam 10 hingga 11.30 pagi.

Bagaimanapun, tempoh masa itu kebiasaanya hanya 7 hingga 9 pertanyaan lisan daripada setiap Ahli Parlimen  dan dijawab oleh menteri. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

No comments:

Post a Comment