17/11/14
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mengetuai
siasatan yang menyaksikan kematian pembantu politik Teoh Beng Hock,
dinaikkan pangkat.
Menurut jawapan parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, Mohd Anuar Ismail, pegawai penyiasat gred 44 semasa insiden 2009, kini menjawat jawatan gred 48.
Bagaimanapun, dua lagi pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan itu – Hishammuddin Hashim dan Mohd Ashraf Mohd Yunus – masing-masing kekal dengan gred 54 dan 29.
Tarikh kenaikan pangkat Mohd Anuar tidak dinyatakan.
Jawapan itu dikeluarkan ekoran soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang ingin tahu berhubung status tiga pegawai itu.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment