KUALA LUMPUR:
Pemuda PAS Malaysia bersedia mencari dana bagi membantu Fahmi Zainol
jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertindak menamatkan tajaan
terhadap aktivis mahasiswa Universiti Malaysia itu.Komitmen itu dizahirkan ketuanya Suhaizan Kaiat hari ini.
"Jika JPA tarik biasiswa Fahmi, Pemuda PAS Malaysia akan buat kutipan derma seluruh negara untuk bantu Fahmi," tulisnya di Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal Malaysiakini bahawa Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), berdepan resiko hilang tajaan pendidikan daripada JPA ekoran menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.
Laporan itu menyebut JPA juga tidak senang dengan kenyataan “negatif” dan “provokatif” terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan “Umbrella Revolution” Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.
Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat. - HARAKAHDAILY 12/11/2014
No comments:
Post a Comment