6/11/14
Gambar hiasan
New York - Seorang sosialita
konglomerat di New York, dinyatakan bersalah telah
membunuh anaknya yang menderita autisme. Pembunuhan keji ini dilakukan
di kamar hotel mewah di Manhattan, New York.
Gigi Jordan yang dikenali sebagai billionare dan mantan eksekutif farmasi terancam hukuman maksima 25 tahun penjara. Dia dinyatakan bersalah oleh mahkamah setempat, telah meracuni anak laki-lakinya yang berusia 8 tahun, Jude Mirra hingga mati pada tahun 2010 lalu.
"Gigi Jordan tidak menunjukkan belas kasihan terhadap anaknya, dan dia harus menerima hal yang sama ketika dijatuhkani hukuman," terang pendakwa daerah Manhattan, Cyrus Vance dalam pernyataannya seperti dilansir Reuters, Khamis (6/11/2014).
Belum diketahui pasti jadual pembacaan keputusan perbicaraan kes ini. Namun peguam Jordan menyatakan pihaknya akan mengajukan rayuan atas hukuman apapun yang dijatuhkan nantinya.
"Kami menyatakan dari awal bahawa kes ini bukanlah kes pembunuhan, kerana terdapat kondisi khusus yang mendalam dan mengerikan," sebut salah seorang peguam Jordan, Norman Siegel.

Mahkamah mendakwa Jordan sengaja membuat anaknya overdosis ubat yang diresepkan doktor di Peninsula Hotel, New York City.
Namun dalam keterangannya, Jordan menyebut tindakan itu dilakukan kerana rasa sayang dan ketakutan yang dirasakan, bahawa anaknya akan menjadi korban penganiayaan dan pelecehan seksual jika terus hidup.
sumber:detikNews
No comments:
Post a Comment