KUALA LUMPUR: PAS kecewa kenyataan menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang disifatkan tidak prihatin
berhubung keselamatan pengguna kereta api, khususnya pengguna
pengangkutan awam itu di bahagian pantai timur.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menzahirkan kekecewaan itu di Dewan Rakyat hari ini selepas Tiong Lai menyatakan buat masa ini kereta api akan dipandu perlahan apabila melalui laluan-laluan khususnya jambatan yang rosak.
Siti Zailah yang bingkas bangkit sambil menegaskan kerajaan seharusnya membaiki segala kerosakan jambatan sepanjang laluan kereta api tanpa menunggu tragedi berlaku.
"Kenapa kerajaan tidak membaiki jambatan yang rosak. Kalau kereta api dipandu perlahan pun, ia tetap tidak selamat kerana laluan rosak.
"Bukan masalah dipandu laju atau perlahan. Takkan nak tunggu roboh dulu, baru hendak baiki?" soal Siti Zailah dalam nada tegas.
Sebelum itu, Siti Zailah meminta kementerian segera membaiki laluan-laluan yang didapati rosak, khususnya di jambatan-jambatan yang diakui kerosakannya ketika mendapat jawapan menteri pada sesi parlimen sebelum ini.
Beliau juga bertanya sama ada kementerian berhasrat untuk membuat landasan kereta api laju bagi menghubungkan Kuala Lumpur - Tumpat, sebagaimana yang dilakukan di Pantai Barat.
"Apakah tindakan langkah panjang untuk landasan kereta api ini, memandangkan perjalanan dari Kuala Lumpur-Tumpat memakan masa 11 jam yang dilihat tidak sesuai," soal beliau. - HARAKAHDAILY 4/11/2014

No comments:
Post a Comment