Wednesday, November 26, 2014

Tembak anak saudara sendiri kerana mainkan muzik terlalu kuat

Selasa, 25 November 2014
 
Shutterstock gambar hiasan.

ISLAMABAD,    Seorang  lelaki Pakistan menembak mati anak saudara  perempuannya yang masih remaja hanya kerana   memutarkan muzik terlalu kuat.  Demikian penjelasan polis , Selasa (25/11/2014).

Insiden itu, kata polis , terjadi pada Sabtu (22/11/2014) di lembah Kallar Kahar, Daerah Chakwal, Provinsi Punjab, sekitar 120 kilometer dari ibu kota Islamabad.

"Remaja itu, Rehana Bibi, sedang sendirian di rumah sambil mendengarkan muzik ketika bapa saudaranya, Muhammad Gulistan, datang ke kediamannya. Gulistan kemudian meminta Rehana mengecilkan volume muziknya," kata Sadat Ali, seorang anggota   polis  Kallah Kahar.

"Namun, Rehana menolak permintaan bapa saudaranya itu. Mereka bertegang urat hingga akhirnya Gulistan menembak remaja itu hingga mati," tambah Ali sambil menambahkan Rehana baru berusia 17 tahun.

Polis  sejauh ini masih berusaha menangkap suspek penembakan. Polis  menambahkan, dari hasil penyiasatan, tidak ditemui adanya latar belakang perselisihan antarkeluarga yang memicu tragedi tersebut.

Di masyarakat perkampungan Pakistan yang masih menganut asas patriarki, perempuan terkadang menjadi mangsa kekerasan dan pembunuhan hanya kerana hal-hal remeh temah.

Yayasan Aurat, sebuah lembaga yang bekerja untuk meningkatkan kehidupan perempuan Pakistan, menyatakan, lebih dari 3,.000 perempuan menjadi korban pembunuhan demi "kehormatan" sejak 2008.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: AFP/KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment