sinarharian
SHAH ALAM – Umno Selangor perlu melakukan perubahan dengan pembubaran
dan penyusunan semula termasuk menerima ahli baru yang berbakat, kata
bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, ahli baru perlu ditapis bagi mengelakkan kewujudan makhluk perosak yang ingin memperalat parti itu untuk agenda peribadi.
“Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya. Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan Umno tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.
“Penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.
“Ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri daripada veteran Umno termasuk dari bahagian lain. Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat Umno untuk agenda peribadi mereka,” katanya yang dipetik daripada tulisan artikel ‘Umno Selangor Perlu Berubah’ di blognya, hari ini.
Katanya, Umno Selangor perlu berusaha menarik pemuda Melayu menyertai Umno dengan mendekatkan diri dengan mereka yang bukan ahli bahkan yang menentang Umno
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar parti itu memberi tumpuan kepada generasi Y yang tidak berminat dengan Umno.
“Pada PRU14, 2.5 juta pengundi muda akan mengundi. Gen-Y tidak berminat dengan Umno. Terutama yang terpelajar di Barat sudah menerap budaya dan nilai-nilai hidup Barat.
“Jika disebut akan jasa parti Umno kepada mereka, mereka menolak peringatan ini sebagai mengungkit. Lagi pun mereka berpendapat parti mana pun yang menjadi kerajaan akan membuat perkara yang sama,” katanya.
Jelasnya, pandangan cetek ini disebabkan generasi Y ini tidak membuat bandingan antara kerajaan Malaysia pimpinan Umno dengan kerajaan-kerajaan negara-negara lain.
“Jika dibandingkan, sudah tentu mereka akan lihat bahawa negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama kita tidak pun dapat dimajukan, jauh sekali daripada memberi pelajaran, biasiswa dan bantuan lain supaya rakyat mereka dapat menikmati taraf hidup seperti rakyat Malaysia,” katanya.
Selain itu, beliau turut berpendapat imej Umno sebagai parti rasuah juga perlu dikikis malah cara hidup pemimpin Umno perlu lebih sederhana.
“Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli Umno. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung,” katanya.
Sabtu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak akui merasa letih dan malu kerana menjadi parti pembangkang di Selangor ketika berucap pada Konvokesyen Umno Selangor.

No comments:
Post a Comment