15/11/14
Pada
Jumaat (14/11) siang waktu setempat, publik Singapura dikejutkan dengan kejadian penusukan dan rompakan menimpa lelaki bernama Kang Tie Tie.
Pelakunya kedapatan memiliki KTP Indonesia, bernama Arun seperti
dilansir Stesyen Televisyen Channel News Asia.
Ketika berjalan santai, mendadak suspek, Arun menarik beg lelaki separuh umur itu, lalu menikamnya di siku, paha kiri, dan beberapa anggota tubuh
lainnya dengan pisau sepanjang 12.5 centimeter.
Selepas insiden terjadi, Tie Tie terus dibawa ke Rumah Sakit.
Warga Singapura yang melintas memberi bantuan alakadarnya untuk
menghentikan pendarahan lelaki malang itu sebelum ambulans datang.
Adapun polis dibantu beberapa warga berhasil menahan Arun. Insiden
itu terjadi di pintu keluar stesyen MRT Raffles Place. Beg yang dibawa
Tie-Tie berisi wang tunai dan cek.
Belum jelas, detail identiti dan apa alasan Arun berada di
Singapura. Sesuai keterangan terakhir, WNI yang melakukan jenayah itu
berusia 38. Pihak KBRI Singapura hingga keterangan ini dilansir belum
berhasil dikonfirmasi.
Kes rompakan bersenjata cukup jarang terjadi di Singapura. Saking
jarangnya, bahkan sebahagian orang menyangka penusukan itu sebahagian dari
acara televisyen. "Saya fikir itu shooting drama buatan Channel 8," kata
Muhammad Nazir Abdul Rahiman, salah seorang saksi .
Hari ini, Sabtu (15/11), Arun diadili melalui tele konferensi, kerana
dia masih berada di rumah sakit. Kejahatannya merupakan salah satu
pelanggaran hukum berat di Singapura. Hukuman maksima yang bakal dia
terima adalah penjara 10 tahun serta 12 kali rotan.
Sumber: Merdeka.com
No comments:
Post a Comment