Monday, December 1, 2014

Bangang: Kepimpinan Najib sudah sampai tahap terendah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Perkataan 'bangang' yang disebutkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu meletakkan kepimpinannya sudah sampai ke tahap terendah.

"Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong Umno sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk Umno," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Menurutnya, jika sudah sampai ke tahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata.
"Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri," tulisnya lagi.
Tulisan penuh Aspan sebagaimana di bawah.

Kali ini hendak sentuh tentang isu perubahan yang disebut dengan lantang oleh pimpinan UMNO terutamanya yang selalu disebut oleh Presidennya Najib Razak. Kita sudah sentuh cebisan apa yang perlu diubah dalam posting yang lepas tetapi jika Najib dan pimpinan UMNO itu serius hendak berubah, persoalan yang selanjutnya ialah siapa yang hendak melakukan perubahan itu.

Tidak siapa yang menentang pandangan Timbalan Presidennya yang perubahan itu mesti dilakukan, kerana jika tidak dilakukan rakyat akan mengubah UMNO itu. UMNO akan duduk di petak pembangkang dan jika itu berlaku UMNO tidak akan bangun lagi sampai bila-bila.

UMNO tidak akan bangun lagi, sekali gus mereka yang melaung dan berucap bergegar-gegar itu akan duduk di tepian sambil menjilat luka mereka sendiri. Semasa itu tiada siapa yang memandang UMNO lagi dan kita semua telah lihat apa yang terjadi kepada UMNO Selangor yang kini hanya tinggal seperti melukut di tepi gantang.

 Baca Seterusnya

No comments:

Post a Comment