Sunday, December 7, 2014

Gunakan Pam Basikal dalam Prosedur Pembedahan Sterilisasi, Klinik di India Disiasat

07/12/2014 
 
View image on Twitter

India, - Sebuah klinik di Banarpal, di Angul, India, akhirnya mendapatkan pengawasan ketat, setelah diketahui menggunakan pam basikal dalam prosedur pembedahan. Doktor bedah yang  bekerja di klinik tersebut juga dicari akibat perbuatannya.

Seperti dilapor CNN,  pada Ahad (7/12/2014)  pegawai  kesihatan di wilayah tersebut melakukan penyiasatan setelah menerima laporan klinik tersebut menggunakan  pam basikal pada 56 prosedur pembedahan sterilisasi terhadap 56 orang wanita.

"Sementara doktor yang dikenalpasti melakukan prosedur tersebut adalah Dr Mahesh Chandra Rout, seorang pesara doktor bedah yang sesekali melakukan pekerjaannya di klinik tersebut. Akibat laporan ini, dia tidak akan dipanggil lagi untuk bekerja di klinik tersebut kerana menggunakan alat pembedahan yang tidak sesuai standard," ujar Menteri Kesihatan India, Odisha Arti Ahuja.

Ahuja mengatakan peralatan perubatan yang seharusnya digunakan dalam sterilsasi adalah sebuah insufflator dioxode karbon, alat  perubatan yang seharusnya disediakan sesebuah klinik. Penyiasat ketika  ini sedang mencari penyebab kenapa alat tersebut tidak digunakan.

Ternyata, menurut Sachin Ramachandra, seorang pegawai kesihatan di daerah mana prosedur tersebut berlangsung, mengungkapkan bahawa insufflator tersebut hilang. Itulah sebabnya mengapa pam basikal digunakan sebagai gantinya .

Seorang pegawai kesihatan yang tidak ingin disebutkan namanya mengatakan kepada CNN bahawa penggunaan  pam basikal dalam pembedahan  sterilisasi tersebar luas. Menanggapi kes tersebut, pegawai kesihatan negara akhirnya mengeluarkan instruksi bahawa semua prosedur sterilisasi harus dilakukan sesuai protokol.

Dalam pembedeahan sterilisasi, perut pesakit perlu dipam untuk memberian ruang gerak pada alat bedah. Dr Naresh Trehan, ketua pegawai perubatan di lembaga perubatan  Medanta di New Delhi mengatakan bahawa menggunakan insufflator karbon dioksida memungkinkan doktor untuk mengukur dan mengkalibrasi jumlah tekanan yang akan ditempatkan pada perut. Sementara menggunakan pam basikal  , menurutnya sangat berbahaya.

" Jika anda menggunakan pam basikal, anda tidak tahu berapa banyak udara yang akan anda pam, sehingga perut pesakit boleh meledak," kata dia.
sumber: detikNews

No comments:

Post a Comment