Tuesday, December 30, 2014

Halaman penuh kotoran anjing , wanita ancam balas dendam pada jirannya

30/12/14

Halaman Penuh Kotoran, Annie Ancam Tetangga
LOS ANGELES – Seorang wanita di Los Angeles, Amerika Syarikat  , merasa sangat kesal ketika kerap menemui kotoran anjing di halaman rumahnya. Tak tahan dengan kelakuan haiwan peliharaan jirannya itu, Annie mengancam akan melakukan hal yang sama di rumah si pemilik haiwan tersebut.

Kejadian ini bermula ketika Annie sering menemui  kotoran anjing di halaman rumahnya. Kemudian, dia membuat surat ancaman berupa pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan haiwan peliharaan jirannya itu.

"Surat ini untuk orang yang membiarkan anjing peliharaannya mengotori halaman kami dan tidak membersihkannya. Pertama, saya membeli rumah ini dengan wang dan ini bukanlah tandas. Kedua, jika anda tidak mampu membersihkannya, sebaiknya anda tidak perlu memiliki anjing,” tulis Annie di surat ancaman yang telah dibuatnya, seperti dikutip dari Metro,  Isnin (29/12/2014).

“Jika anda membiarkan kotoran anjing tetap ada di halaman rumah kami, maka saya tidak segan-segan menaruh kotoran di depan rumah dan kaca depan kereta anda,” tambahnya.
sumber: Okezone.com

No comments:

Post a Comment