KUALA KANGSAR:
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta
kepimpinan muda menjaga PAS dengan baik agar parti itu terus mantap pada
masa hadapan.
Beliau turut berharap agar kepimpinan muda yang akan menerajui PAS
dalam tempoh 63 tahun akan datang menghayati pengorbanan kepimpinan
terdahulu yang membawa parti ke tahap sekarang.
"Kepada pimpinan muda serta anak muda yang ada sekarang di dalam PAS, saya menyeru agar mereka menjaga parti ini dengan baik.
"Pengorbanan pimpinan terdahulu sangat besar untuk mereka bawa PAS
sehingga tahap sekarang, ini yang sepatutnya pimpinan muda hargai,"
katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari
ini.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpesan agar anak muda
beristiqamah meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dengan penuh
kesabaran.
"Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.
"Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.
"Jagalah perjuangan ini sebab perjuangan yang dibina sebelum ini
penuh dengan cabaran, bukan setakat keringat tetapi turut disulami air
mata dan ada yang terkorban dalam menegakkan perjuangan Islam," sambung
beliau.
Beliau juga berharap agar pemimpin akan datang mengambil pengalaman
mereka sebelum ini sebagai panduan untuk memelihara PAS pada masa
hadapan. - HARAKAHDAILY 29/11/2014
No comments:
Post a Comment