7 Dec 2014
Jika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh
menerima kritikan terhadap Malaysia, beliau juga tidak patut menerima
pujian antarabangsa, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata demikian merujuk kepada kemarahan Muhyiddin (kanan)
terhadap reaksi Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang
menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan Akta Hasutan 1948 melalui
Twitter.
Biden juga berkata Malaysia patut melakukan perkara betul dalam rayuan akhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa ketua pembangkang itu bermotifkan politik.
“Kenapa Muhyiddin tidak beritahu Presiden AS Barack Obama untuk tutup mulut dan sibukkan hal sendiri apabila Obama memuji Malaysia di Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September tetapi menunjukkan kemarahan terhadap tweet Biden?
“Muhyiddin patut beritahu presiden AS bahawa Malaysia tidak perlukan pujiannya,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment