KUALA LUMPUR - Rakyat digesa meninggalkan budaya politik 'rimba' yang
menggunakan kuasa politik sebagai ancaman untuk menakutkan orang ramai
untuk menyatakan pandangan dan menegur kepimpinan negara.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, taktik tersebut sudah ketinggalan zaman dan orang ramai sudah beralih kepada politik baharu yang berasaskan nilai dan hujah benar.
"Bersempana dengan kedatangan tahun baharu 2015, Pas ingin menyeru seluruh rakyat jelata agar berani membuat anjakan perubahan kepada satu lembaran baharu politik Malaysia tanpa parti politik kuno Umno-BN.
"Ia perlu digantikan dengan PR yang menawarkan politik baharu yang lebih inklusif dan merentasi sempadan etnik," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengatakan orang Melayu dalam Umno, PKR dan Pas terpaksa mengemis untuk mendapatkan sokongan politik daripada golongan Cina bagi memenangi pilihan raya.
Dr Mahathir berkata lagi, keadaan itu berpunca daripada perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu yang terbahagi kepada tiga puak.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, kenyataan Dr Mahathir itu mengesahkan bahawa Umno adalah punca kepada semua masalah yang berlaku di negara ini.
"Bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, itulah peribahasa yang terbaik untuk mengaitkan dengan apa yang didakwa oleh Dr Mahathir.
"Apa yang beliau ceritakan itu tidak lebih kepada membuka aib dan kelemahan Umno yang memerintah selama ini.
"Bangsa Melayu yang dikatakan kian terpinggir itu adalah angkara pengkhianatan, kebodohan dan penyelewengan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada Umno selama 57 tahun,"katanya lagi.

No comments:
Post a Comment