KUALA TERENGGANU – Pembaharuan dalam politik perlu dilakukan secara
menyeluruh dari atas hingga bawah bagi mengekang gejala rasuah dan
membersihkan persepsi bahawa institusi politik paling korup di negara
ini.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat tidak menolak, tinjauan Barometer Rasuah Malaysia 2014 yang memperlihatkan institusi politik paling korup berlaku kerana kaitan ahli dengan kuasa dan pemerintahan.
Walaupun tinjauan itu hanya melibatkan segelintir responden dan jauh sekali mengaitkan ia pendapat keseluruhan rakyat negara ini, beliau memberitahu gambaran itu menunjukkan perkara berkenaan dilihat berkait dengan dasar dan polisi di negara ini.
“Apabila terlalu lama berkuasa, boleh wujud unsur-unsur begitu. Perkara ini perlu dibuat perubahan supaya tidak menjatuhkan imej. Walaupun hanya 2,000 responden, realiti rakyat secara amnya menggambarkan keadaan itu.
“Walaupun kita tidak tahu sejauh mana pandangan itu benar tetapi seolah-olah berlaku begitu.
“Kadang-kadang berlaku keadaan begitu iaitu dari pemimpin hingga ketua di peringkat kampung. Sistem politik perlu dibuat pembaharuan,” katanya.
Satiful berkata, pelaksanaan politik secara Islam perlu diperkenalkan di negara ini bagi mencegah perkara sedemikian berlaku sebagaimana yang sedang diusahakan Pas di Kelantan.

No comments:
Post a Comment