1 Dec 2014
Penganjur sebuah majlis makan malam yang
didakwa ada hubungan dengan Parti Komunis Malaya yang telah dibubarkan,
akan disoalsiasat oleh pihak polis, kata Timbalan Ketua Polis Pulau
Pinang, Datuk A Thaiveegan.
Thaiveegan berkata setakat ini 24 laporan - dua dari Johor dan
selebihnya dari Pulau Pinang - telah dibuat terhadap penganjur majlis
makan malam itu yang diadakan di dewan serbaguna di Butterworth pada
hari Sabtu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
Thaiveegan, bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti atau jumlah
individu yang akan disiasat berhubung kes tersebut dan menegaskan bahawa
pihak polis akan menghubungi mereka secara langsung.
Katanya, pihak polis akan menyiasat perkara itu dari awal, bagaimana ia bermula, dan akan memaklumkan tentang perkembangan.
Beliau berkata majlis makan malam itu dikatakan berkaitan dengan kain
rentang yang mempromosikan komunisme yang memaparkan gambar bekas
Setiausaha Agung PKM Chin Peng yang ditemui di Butterworth minggu lalu.
Chin Peng meninggal dunia di Bangkok pada 16 September tahun lepas dan
kerajaan Malaysia enggan membenarkan abunya dibawa balik ke Malaysia
untuk dsemadikan.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment