KUALA TERENGGANU: Nilai hutang Kerajaan Negeri Terengganu semenjak tahun 2008 sehingga kini berjumlah RM1,341,956,113.87.
Demikian jawaban kerajaan negeri kepada soalan bertulis Adun Bandar, Azan Ismail pada Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.
Manakala bayaran dalam tempoh itu berjumlah RM325,605,594.52.
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dun ke-13 (Bajet) berlangsung hari ini sehingga 11 Disember.
Menjawab soalan Hishammuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh), kerajaan
memaklumkan jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan adalah 1,464 kes
berbanding tempoh yang sama tahun 2013 (493 kes) menunjukkan
peningkatan sebanyak 197 peratus (971 kes) di peringkat negeri.
Semua daerah yang menunjukkan peratus peningkatan iaitu Kuala Terengganu (341.4%), Besut (141), Marang (134), Kemaman (112.8), Hulu Terengganu (100) dan Dungun (70.3) sementara Setiu berkurang 61.9 peratus. - HARAKAHDAILY 8/12/2014

No comments:
Post a Comment