Tuesday, December 2, 2014

Tentera Lebanon tangkap isteri kedua Baghdadi dari Syria

2/12/14

Tentara Libanon tangkap istri kedua Baghdadi asal Suriah
Isteri pemimpin ISIS Abu Bakr al-Baghdadi, Saja Hamid al-Dulaimi. alarabiya.net Pegawai tentera Lebanon di Ibu Kota Beirut hari ini mengatakan mereka telah menangkap isteri dan putera pemimpin Negara Islam Irak dan Syria (ISIS) Abu Bakar al-Baghdadi.

Stesyen televisyen Al Arabiya melaporkan, Selasa (2/12), isteri Baghdadi yang ditangkap adalah isteri keduanya,    warganegara  Syria.

Surat khabar Lebanon As-Safir menyebutkan penangkapan itu atas bantuan intelijen asing.

Awal tahun ini sejumlah foto dari salah seorang isteri Baghdadi beredar di Internet. Dalam foto itu disebutkan wanita itu bernama Saja Hamid al-Dulaimi. Namun belum diketahui apakah yang ditangkap tentera Lebanon adalah dia.

Hingga kini juga belum diketahui Baghdadi mempunyai berapa isteri.

Bulan lalu serangan udara Amerika Syarikat di Kota al-Qaim menewaskan ajudan Baghdadi, Auf Abdulrahman Elefery. Serangan itu juga dilaporkan membuat Baghdadi cedera parah.
sumber: |Merdeka.com

No comments:

Post a Comment