Friday, January 2, 2015

Azmin kata Perak terima sumbangan RM100,000

2 Jan 2015
Menteri Besar Selangor Azmin Ali menjelaskan bahawa kerajaan Perak telahpun menerima sumbangan RM100,000 untuk bantuan bagi mangsa banjir.

Beliau mengulas dakwaan yang dibangkitkan oleh seorang anggota exconya, Daroyah Alwi, yang menyifatkan kerajaan Perak mengamalkan "fikiran politik sempit" kerana enggan terima bantuan tersebut.

Azmin berkata, beliau tidak tahu mengenai laporan oleh media rasmi kerajaan negeri, bahawa kerajaan negeri Perak menolak wang sumbangan tersebut.

"Saya tidak tahu menahu. Cek untuk kerajaan negeri Perak telah pun diserahkan dengan tangan kepada Pejabat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry.

"Dan pejabat menteri besar telah pun mengesahkan penerimaan cek. Itu sahajalah.

"Saya tidak ada maklumat itu (cek ditolak) kerana faktanya ialah cek sudah pun diserahkan kepada pejabat menteri besar. Ada cop pengesahan penerimaan dan saya percaya bantuan ini akan dimanfaatkan untuk mangsa banjir di Perak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan Setiausaha Negeri Selangor (SUK) di Shah Alam hari ini.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment