1 Jan 2015
Isu ekonomi dan sosiopolitik menjadi cabaran terbesar yang harus
dihadapi bersama pada tahun baru 2015 ini, kata ketua pembangkang.
“Di samping kebersediaan rakyat, harapan besar disandarkan kepada pemerintah agar kawal selia sektor ekonomi diperkemaskan supaya tidak membebani rakyat terbanyak,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Demikian juga komitmen pemerintah dalam menolak sepenuhnya agenda perkauman sempit serta pendakwaan terpilih yang mampu mendorong kepada ketidakseimbangan sosiopolitik dan perpaduan rakyat seluruhnya.”
Dalam perutusan tahun barunya pagi ini, Anwar juga berharap wujudnya toleransi pelbagai agama dan budaya, pengurusan khazanah negara “manusiawi lagi seimbang” dan pengurusan awam yang telus.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment