Friday, January 30, 2015

Kerana terlalu gembira dilamar kekasih. Wanita meninggal terjatuh tebing akibat melompat-lompat

30/1/15

Lompat girang dilamar pacar, wanita ini jatuh ke tebing di Spanyol
Seorang wanita sedang bercuti  ke Kota Ibiza, Sepanyol terbunuh setelah terlalu gembira dilamar pacarnya. Saking bahagia dia melompat-lompat hingga jatuh ke tebing berbatu.

Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Jumaat (30/1), polis  menerangkan Dimitrina Dimitrova dari Bulgaria kehilangan keseimbangan ketika melompat sebab terlalu seronok ketika diajak berkahwin oleh kekasihnya. Wanita itu jatuh dari ketinggian 20 meter di tebing pantai Ibiza.

Kemalangan itu terjadi siang hari. Pemandu pelancung tempatan mengatakan acara lamaran itu sengaja dilakukan di atas tebing sebab pemandangannya cantik. "Dia sangat gembira dan merasa girang atas peristiwa romantik itu hingga tak sedar telah melompat ke tebing," ujar si pemandu pelancung yang tidak disebutkan namanya ini.

Peristiwa kematian di tebing juga terjadi beberapa waktu lalu. Pasangan asal Poland  meninggal  gara-gara terpeleset ketika  hendak foto selfie.

No comments:

Post a Comment