Friday, January 2, 2015

Lelaki Bunuh Ibunya dengan Kapak Kerana Kuat Berleter

  02/01/2015  

Florida - Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat nekat membunuh ibunya sendiri dengan kapak pada malam Tahun Baru kerana ibunya berleter.

Seperti dilansir AFP, Jumaat (2/1/2015), Christian Jose Gomez (23) telah berhasil ditangkap polis  setempat. Lelaki ini dijerat dakwaan pembunuhan setelah mengakui membunuh ibunya, Maria Suarez-Cassagne.

Polis setempat mendatangi kediaman Suarez-Cassagne setelah mendapat laporan dari keluarga korban bahawa Gomez telah memenggal korban. Gomez membuang jasad ibunya  dekat tempat pembuangan sampah setempat.

Dia lalu melarikan diri dengan basikal, namun tidak lama kemudian polis berhasil menangkapnya.

"Dia meninggalkan jasad ibunya terduduk di sana, di sebelah tong sampah, kemudian pergi ke garasi dan berusaha membersihkan lokasi kejadian," tutur Sheriff Pinellas County, Bob Gualtieri kepada NBC News.

Menurut beberapa media AS, otoriti setempat menyebut Gomez didiagnosa menderita schizophrenia atau gangguan kejiwaan. Kepada media setempat, WFLA, Gualteri menyatakan Gomez membunuh ibunya kerana marah dan kesal terus diminta untuk memindahkan beberapa kotak ke loteng rumah.

"Kerana dia (Gomez) marah kepadanya ... dia menyusun rancangan untuk membunuhnya selama 2 hari," ucapnya, sambil menambahkan, senjata pembunuhan yakni sebuah kapak, berhasil ditemui.
Sumber: detikNews

No comments:

Post a Comment