KUALA LUMPUR: "Inilah masa terbaik bagi Perdana
Menteri mengembalikan royalti yang menjadi hak rakyat Kelantan," ujar
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, dengan suasana negeri itu yang teruk dilanda banjir,
maka sudah sampai masanya royalti petroleum yang menjadi hak negeri dan
rakyat Kelantan dikembalikan.
Katanya, perjuangan supaya royalti itu dikembalikan kepada Kelantan
telah dilakukan oleh ahli-ahli parlimen PAS sejak dahulu lagi.
Ini, ujarnya perjuangan itu diteruskan oleh badan bukan kerajaan termasuk R Kelantan.
"Sudah sampai masanya PM beri royalti kepada Kelantan menjadi negeri
itu untuk membina semula rumah mangsa-mangsa banjir," ujarnya pada
sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di sini, tengah hari
ini.
Katanya, jika banjir sebelum ini, apabila air surut mangsa pulang ke
rumah untuk membersihkan kediaman tetapi kali ini rumah mereka musnah.
"Kali ini rumah mangsa tak ada, telah musnah, bayangkan tahap
penderitaan untuk mereka bina kembali rumah mereka," ujarnya yang juga
Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Malaysia (MEDM) PAS.
Justeru, ujar beliau Kerajaan Kelantan memerlukan kewangan dan
peruntukan yang besar untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir
membina semula kediaman mereka.
Sehubungan itu, beliau berharap Perdana Menteri dapat memikirkan
pembayaran royalti kepada Kelantan bagi membantu pembinaan semula rumah
mangsa-mangsa banjir itu.
"Beliau perlu fikirkan perkara ini dengan sewjaranya dan pulangkan
hak itu (royalti) serta merta kerana mangsa banjir memerlukan
pertolongan kerajaan," ujarnya yang turut menyebut perkara itu dalam
surat terbukanya kepada Perdana Menteri. - HARAKAHDAILY 1/1/2015
No comments:
Post a Comment