Sinar Harian
SHAH ALAM – MIC yang berdepan kemelut pemilihan kepimpinan parti itu disaran agar mengadakan pemilihan semula dengan segera.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pemilihan semula itu adalah jalan terbaik buat MIC bagi mengelakkan pelbagai polemik wujud sepanjang tempoh pemilihan itu dilengahkan.
“Perkara sama Pendaftar Pertubuhan (ROS) arah DAP lakukan. Jadi, jika DAP boleh lakukan semula kenapa kepimpinan MIC masih bertegas untuk melengah-lengahkan pemilihan mereka?
“Akan wujud pelbagai polemik untuk sepanjang tempoh pemilihan itu dilengahkan. Ini memberi imej yang kurang baik kepada parti dan kepimpinannya,” katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau memberi senario yang mungkin berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang melibatkan sokongan terhadap BN.
“Sokongan pengundi India itu akan merosot untuk BN kerana imej yang diberikan kepimpinan itu. Jika lebih banyak masa diberikan atas krisis kepimpinan, bagaimana mahu mengutamakan kepentingan komuniti?
“Jadi, sebab itu perlu disegerakan pemilihan supaya parti boleh memberi tumpuan ke atas isu komuniti India sekali gus memberikan imej yang baik dan sokongan itu dapat diterjemahkan dalam pilihan raya nanti. Kalau keadaan itu berterusan, yang memerhati akan merasa muak dan mereka mungkin akan mencari alternatif lain,” katanya.
Perkara sama turut disuarakan Pensyarah kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani.
“Cara paling terbaik sekarang ini adalah buat pemilihan semula. Sekarang ini, pucuk pimpinan perlu dipilih. Selagi pemilihan itu buntu, tidak sah, memang buntulah sampai bila-bila.
“Ini sebenarnya menjejaskan sokongan masyarakat India kepada MIC dan kepada BN. Nak tak nak, selepas ini mungkin orang India akan beri sokongan kepada PR,” katanya.
Menurutnya lagi, konflik tersebut perlu campur tangan pimpinan Umno bagi mengelakkan ia terus memburuk.
“Kalau lihat dalam konteks masyarakat India di bandar, mereka memang menolak MIC dan beri sokongan kepada PR. Malah di kawasan estet juga mereka telah mula menolak MIC.
"Cuma ada beberapa tempat lagi yang masih diberi sokongan kepada MIC sebab MIC berada dalam BN seperti Cameron Highland.
“Di sini pun sepatutnya sudah diberi peringatan kepada mereka (MIC). Jika pilihan raya nanti, bukan saja masyarakat India, yang lain pun kalau sokong BN, kena sokong calon MIC. Tapi kalau MIC sendiri pun tak stabil, macam mana pengundi nak beri undi?” katanya.
Sementara itu, penganalisis Geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali pula berpandangan MIC masih beruntung kerana tiada kuasa lain yang memberi saingan kepada parti itu.
“Tetapi, untungnya MIC sekarang ini walaupun dalam keadaan yang lemah, tiada kuasa lain atau pihak lain untuk mendengar suara kaum India.
“Jika dulu ada Makkal Sakti, Hindraf dan sebagainya yang seolah-olah boleh mengambil tempat dan mendengar suara kaum India. Tapi sekarang tiada,” katanya.
Tambahnya: “MIC perlu buat keputusan bijak kerana walaupun undi kaum India tidak banyak tapi ada beberapa kawasan yang mereka ini menjadi pengundi penentu.
Jadi, kalau pengundi bergerak ke arah pembangkang, saya takut nanti akhirnya, suara kaum India itu tidak didengari kerana pembangkang tidak berjaya membentuk kerajaan.”
Pada 5 Disember, ROS telah mengisytiharkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) sebagai tidak sah dan batal dan mencadangkan pemilihan semula diadakan dalam tempoh 90 hari.

No comments:
Post a Comment