Sinar Harian
SHAH ALAM – Jalinan perikatan antara Pas, PKR dan DAP mungkin menjadi
halangan besar bagi kerjasama antara Pas dan Umno di Kelantan.
Penganalisis Sosio Politik Kelantan, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, hubungan antara Pas dan Umno Kelantan hanya melibatkan pasca banjir di negeri itu dan PR tidak seharusnya prejudis terhadap kerjasama tersebut.
“Kerjasama antara Pas dan Umno suatu bentuk kerjasama yang bersifat sementara, untuk masa dan tujuan tertentu sahaja. Ia hanya berlaku di negeri Kelantan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun sahaja.
“Tujuannya hanya untuk membangunkan kembali Kelantan yang dilanda bencana banjir. Pada pandangan saya, PKR dan DAP tidak seharusnya halang kerjasama ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat,” katanya ketika ditemui Sinar Online Wacana Sinar Harian ke-34 bertajuk Kelantan Pasca Banjir di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini semalam.
Mengulas lanjut, kesemua pihak bagaimanapun harus memikirkan langkah alternatif untuk memastikan kerjasama dengan Umno Kelantan terjalin dengan baik tanpa menjejaskan hubungan baik antara PKR dan DAP.
“PKR dan DAP mungkin akan menghalang kerjasama tersebut daripada berpanjangan, jadi semua pihak perlu fikirkan cara untuk mengekalkan jalinan kerjasama ini tanpa menjejaskan hubungan antara Pas, DAP dan PKR.
“Ini hanya kerjasama demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri Kelantan, sebaik-baiknya semua pihak beri sokongan yang positif terhadap usaha ini,” tegasnya lagi.

No comments:
Post a Comment