2 Jan 2015
NAHAS QZ8501
11am: Pihak forensik berkata mereka menghadapi masalah mengenal
pasti salah seorang mangsa kerana cap jarinya tidak dapat disahkan,
kerana terlama terdedah kepada air laut, laporan Channel NewsAsia.
Sejumlah 29 kapal dan 17 pesawat terlibat dalam operasi mencari kotak hitam dan rangka pesawat hari ini, kata Basarnas.
10.45am: 9news Australia hari ini melaporkan Dudi
Sudibyo, seorang editor kanan majalah penerbangan Angkasa, membuat
spekulasi bahawa QZ8501 mungkin membuat pendaratan kecemasan di atas
air, yang menjelaskan mengapa pemancar pengesan kecemasan (ELT) tidak
diaktifkan.
The ELT menghantar isyarat kecemasan apabila pesawat terhempas, dan
Sudibyo menjelaskan pendaratan di permukaan laut tidak akan
mengaktifkannya.
Beliau juga mengesyaki pesawat itu mungkin tenggelam selepas pendaratan itu ekoran laut yang bergelora.
Laporan itu juga memetik Chappy Hakim, seorang bekas komander tentera
udara memberitahu AFP bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan tiada
tanda-tanda berlaku letupan.
Kesimpulannya setakat ini ialah pesawat itu tidak meletupkan di udara,
dan ia tidak mengalami kesan impak apabila ia mencecah permukaan air
berdasarkan kepada keadaan mayat.
Bekas menteri pengangkutan Jusman Syafii Djamal dilaporkan berkata,
penemuan gelongsor penyelamat menyokong teori itu, kerana ia menunjukkan
ada percubaan untuk keluar dari pesawat.
Djamal yakin penemuan gelongsor itu menunjukkan "seseorang telah
membukanya" dan berkata, "para penumpang mungkin telah menunggu
pramugari untuk mengembung rakit apabila gelombang besar menenggalamkan
pesawat itu, lapor rangkaian media Australia itu.
16 mayat ditemui setakat ini
10.30am: Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa 16 mayat telah ditemui, lapor detik.com.
Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas), bagaimanapun,
berkata beliau hanya bersedia untuk mengesahkan 10 mayat untuk
mengelakkan kekeliruan.
Beliau berkata, apa yang telah disahkan kepadanya ialah 10 mayat.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment