6 Jan 2015
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berunding
dengan pihak polis sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan
Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Paul Phua, yang
didakwa seorang 'raja judi'.
Menurut sumber polis, malah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara itu.
“Tiada sesiapa pun dalam polis tahu berhubung surat itu atau kandungannya.
“Kami hanya difahamkan kewujudannya selepas perkara itu didedahkan oleh media,” kata sumber kepada Malaysiakini.
Sumber itu juga menafikan bahawa pasukan itu membuat kesilapan seperti didakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini.
Sementara itu, Khalid ketika dihubungi enggan mengulas berhubung perkara itu kerana ia sepatutnya dijawab oleh pihak menteri.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment