22 Feb 2015 Malaysiakini

PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika
terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan,
kata anggota parlimen DAP.
Gobind Singh berkata, ini kerana, ia bukan sebahagian daripada dasar bersama gabungan tiga parti pembangkang itu.
“PAS tidak patut memberi amaran kepada DAP untuk tidak mencampuri urusan Kelantan,” kata Gobind yang juga pemimpin DAP Selangor.
“PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan.”
Dalam kenyataannya hari ini, Gobind berkata PAS harus menghormati keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kepimpinan tertinggi sebelum ini.
Jika pindaan itu diteruskan, katanya, pemimpin PAS harus berani mengakui bahawa mereka memaksa parti itu menjauhi Pakatan, sekali gus menyebabkan kewibawaannya memperkukuh Pakatan dipersoal.

Adalah sangat elok pas berpecah.. biar ada melayu islam pro pakatan dan melayu islam pro umno.... biarlah pss dan pasma bertanding pilihanraya ... insyallah pjr dap dan org melayu akn sokong
ReplyDelete