14 Feb 2015
Kira-kira seramai 400 orang gabungan mahasiwa dan anak muda berhimpun di
pusat membeli belah Sogo petang ini sebagai sokongan terhadap Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir di perhimpunan yang bermula sekitar jam 4.30 petang ini ialah anak sulung Anwar, Nurul Izzah, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Safuan Anang dan Fahmi Zainol.
Mereka turut berucap dengan Nurul berkata mereka adik beradik akan berjaga di luar penjara setiap malam.
Manakala Nik Nazmi pula mengedarkan poskad “Much 2 Freedom’ yang dialamatkan kepada Anwar di penjara.
Pada kira-kira jam 5.40 petang, mereka mula berarak menuju ke Dataran Merdeka sambil melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Anwar’.
Bagaimanapun, mereka kemudiannya beralih menuju ke arah Pudu Raya kerana Dataran Merdeka ditutup.
Sambil berjalan, mereka menyanyikan lagu anak muda dan lagu mahasiswa.
Terdapat 10 anggota polis yang kelihatan mengawal trafik. Kumpulan itu memenuhi dua lorong jalan di depan sogo, dan satu lagi untuk laluan kereta.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment