Seorang lelaki asal Londrina, Brasil mengeluhkan sakit pada bahagian perutnya. Setelah diperiksa, ternyata doktor menemui sebuah objek di dalam ususnya. Doktor pun segera menyarankan agar dia dibedah. Alangkah terkejutnya para doktor, apa yang ada di dalam usus lelaki tersebut adalah seekor lungfish.
Lungfish merupakan jenis ikan air tawar dari Amerika Selatan yang mirip dengan belut. Dalam sebuah video yang tersebar di internet terlihat bahawa seekor lungfish gemuk sepanjang 125 cm berhasil dikeluarkan dari usus lelaki tersebut dalam keadaan masih hidup.
Bahkan doktor perlu membius ikan tersebut agar tak membahayakan doktor ketika dikeluarkan.
Berdasarkan web berita Brasil esmeraldanoticias.com, lelaki itu kini telah dalam masa penyembuhan di Hospital Universitrio, rumah sakit milik salah satu universiti di Brasil. Pada video pembedahan tersebut terlihat banyak mahasiswa pelatih yang berseru dan tertawa geli melihat proses pengeluaran lungfish dari dalam perut lelaki tersebut.
"This one is for the history" ujar salah seorang mahasiswa kedoktoran yang terdengar dalam video tersebut.
Mereka tampak takjub melihat operasi pengangkatan lungfish yang mungkin baru pertama kali terjadi.
Video pengangkatan lungfish dari usus pesakit ini mendapatkan kritikan dari sejumlah pihak.
Namun prosedur tindakan pembedahan memang membolehkan perakaman video ketika pembedahan namun tanpa mengekspos data pesakitnya. Terlebih lagi dalam kes pembedahan langka yang memang harus di videokan untuk bahan pembelajaran mahasiswa kedoktoran.
Sumber
No comments:
Post a Comment