Sebanyak
700 artis Inggeris menyatakan sikap memboikot Zionis-Israel, sebagai
bentuk protes atas ramainya orang awam Palestin yang terbunuh dalam
serangan Zionis-Israel tahun lalu, lapor The Guardian.
Dalam aksi yang berjudul "Artist For Palestin", sejumlah artis
seperti Roger Waters, Peter Kosminsky dan Jeremy McGovern menandatangi
surat untuk memboikot Zionis sebagai bentuk protes.
"Dengan lebih dari 600 rakan artis lain, kami mengumumkan hari ini
bahawa kita tidak akan terlibat dalam hubungan budaya seperti perniagaan
dengan Zionis-Israel," kata kenyataan tersebut dipetik laman web Eramuslim.
Seniman Inggeris tersebut juga berkata tidak akan memenuhi jemputan apapun yang berkaitan dengan Zionis-Israel.
"Sejak perang musim panas di Gaza, rakyat Palestin terus mendapat
serangan tanpa henti penjajah Israel di tanah mereka, yang merampas mata
pencarian mereka, hak mereka untuk kewujudan politik," lanjut kenyataan
tersebut.
Ratusan seniman Inggeris itu juga mengecam pelbagai serangan tentera
penjajah Zionis yang mensasarkan institusi kebudayaan Palestin, serta
menyerang seniman-seniman Palestin.
"Sekarang kita katakan di Tel Aviv, Netanya, Ashkelon atau Ariel,
kami tidak akan bermain muzik, menerima penghargaan, menghadiri pameran,
festival atau persidangan, menjalankan bengkel, sampai penjajah Israel
menghormati undang-undang antarabangsa dan mengakhiri penindasan
kolonial terhadap Palestin," jelasnya.
No comments:
Post a Comment