23/2/15
Kelompok militan ISIS hari ini merilis sebuah video memperlihatkan mereka sedang melatih kanak-kanak lelaki berusia sekitar lima tahun untuk menjadi jihadis.
Dalam video propaganda itu kelihatan anak-anak mengikuti latihan tentera di sebuah kem bernama Institut Al Farouq bagi pemula di Provinsi Raqqa, Syria, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Senin (23/2).
Video berdurasi sembilan minit itu menampilkan kanak-kanak berseragam tentera sedang mengikuti instruksi pelatih mereka dalam barisan.
Anak-anak itu semua mengenakan ikat kepala berlogo ISIS. Mereka menjawab pertanyaan instruktur mereka dengan gaya tentera. Melalui video ini ISIS memperlihatkan bagaimana mereka 'mencuci otak' anak-anak tak berdosa itu.
Dalam video itu juga diperlihatkan anak-anak itu mengikuti solat berjamaah dipimpin seorang imam dan di depan tempat imam bersujud itu ada dua senapang diletakkan menyilang.
"Mereka diajarkan bagaimana menggunakan senapang AK-47," kata pegawai keselamatan Irak kepada stesyen televisyen NBC News.
"Mereka juga memakai boneka untuk belajar memenggal kepala orang. Tak jarang mereka juga melihat proses pemenggalan itu berlangsung dan disuruh menatang kepala korban supaya mereka belajar mengatasi rasa takut."
Sejak ISIS menguasai Raqqa, banyak warga memilih pergi meninggalkan rumah mereka kerana takut dengan pemaksaan.
Seorang ayah mengatakan dia sempat diancam kerana menentang putera 13 tahunnya ikut latihan tentera.
Sumber: Merdeka.com
No comments:
Post a Comment