KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk
Mahfuz Omar meminta agar Kerajaan Pusat mengembalikan royalti minyak
kepada Kelantan sebagai tanda menghormati Allahyarham, Tuan Guru Datuk
Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau ketika dihubungi berkata, Allahyarham ketika menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan menjadikan tuntutan royalti sebagai agenda utama dalam perjuangannya untuk rakyat.
"Dalam keadaan orang ramai termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) mengakui akan ketokohan dan kehebatan TG Nik Aziz, bahkan terdapat pandangan agar BN tidak perlu bertanding di kerusi Dun Chempaka sebagai tanda hormat kepada Allahyarham.
"Namun alangkah baiknya sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan hak yang diperjuangkan Allahyarham dan rakyat Kelantan iaitu royalti minyak.
"Masih teringat saya ketika Allahyarham sendiri hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 untuk memfailkan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu di sempadan Thailand-Kelantan," kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut memetik kesungguhan Allahyarham ketika itu yang gigih memperjuangkan hak rakyat.
"Allahyarham pernah berkata sebagai ketua kerajaan negeri saya bertanggungjawab untuk menjaga kehormatan harta negeri Kelantan, kedatangan saya hari ini adalah untuk menuntut hak dan menjaga kehormatan harta kita.
"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Kelantan, jadi saya perlu lakukan apa jua cara sama ada melalui rundingan atau mahkamah.
"Tiap-tiap orang yang ada harta mesti jaga dengan baik. Kalau orang curi, kita bertindak, kalau rompak, kita tindak, kalau tipu juga kita bertindak.
"Sebab tidak mahu perkara ini terus berlaku, kita bawa ke mahkamah, atas dasar orang Islam, kalau kita tak tunaikan di muka dunia, kalau kita jahat tetap kena bayar di akhirat. Sebelum bayar di akhirat, baik mereka bayar di muka dunia," katanya lagi.
Beliau berharap agar kerajaan pusat menghormati serta memenuhi permintaan Allahyarham sebagai tanda penghormatan yang sebenar-benarnya dan bukan kepura-puraan.
"Hasrat Allahyarham perlulah diterjemahkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui Petronas dengan berlaku jujur dan berani dalam melaksanakan janji yang telah termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 iaitu membayar tuntutan Royalti Minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan," sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 17/2/2015

No comments:
Post a Comment