1.
Perjuangan PAS sebagai sebuah parti politik Islam adalah perjuangan
berasaskan Aqidah Islam yang mengajar hakikat bahawa Allah adalah RABB
yang mencipta, memiliki dan menguruskan seluruh alam dan bahawa Allah
adalah ILAAH yang mesti diberikan - sepenuh ketaatan dan ketundukan
pengabdian diri.
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۚ
أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
"Tiada sebenar-benar urustadbir melainkan milik Allah. Dia memerintahkan agar kamu jangan mengabdikan diri melainkan kepada-Nya. Itulah agama ketundukan yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."( Surah Yusof: 40)
"Tiada sebenar-benar urustadbir melainkan milik Allah. Dia memerintahkan agar kamu jangan mengabdikan diri melainkan kepada-Nya. Itulah agama ketundukan yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."( Surah Yusof: 40)
2. Setiap ahli PAS yang menggabungkan diri mereka ke dalam parti
Islam meyakini bahawa penglibatan mereka dalam PAS adalah tuntutan
aqidah Islam yang menyeru mereka memperjuangkan negara dan masyarakat
yang beriman dengan Islam dan beramal dengan sistem Islam dalam
pengurusan kenegaraan samada pengurusan politik, ekonomi, sosial dan
kebajikan.
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا
أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ
يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
"Dan hendaklah kamu mengurustadbir/memerintah di kalangan mereka
dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Dan jangan kamu mengikut hawa
nafsu mereka. Dan berwaspadalah bimbang mereka memalingkan kamu daripada
sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah kepada kamu". (Surah
al-Maidah: 49)
3. Setiap ahli PAS meyakini bahawa kewajipan mereka ialah meneruskan
legasi pemerintahan Nabi SAW dengan menegakkan kerajaan Islam yang
bermatlamatkan "menegakkan Agama Islam dan mentadbir negara dan bumi
dengan Agama Islam" seperti penegasan para alim ulama: الخلافة خلافة عن النبوة في إقامة الدين وسياسة الدنيا به
"Khilafah itu adalah penggantian terhadap kenabian dalam menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama".
4. Setiap ahli PAS meyakini bahawa perjuangan mereka adalah
perjuangan untuk mendapatkan pahala daripada Allah dan menghindarkan
diri mereka daripada neraka. Perjuangan mereka adalah untuk bahagia di
dunia dan berbahagia di akhirat. Perjuangan mereka ialah untuk berkongsi
kebahagiaan yang diperolehi menerusi Islam dan pemerintahan Islam
dengan manusia sejagat. Itulah asas moto "PAS Untuk Semua".
5. Setiap ahli PAS meyakini bahawa segala tindak-tanduk serta
strategi perjuangan mereka mestilah berlandaskan hukum halal dan haram
dan berlandaskan panduan al-Quran dan Sunnah, Ijmak dan Qiyas yang
dihurai dan dijelaskan oleh para alim ulama yang berilmu dan soleh. Maka
begitulah strategi politik termasuk kerjasama politik dengan mana-mana
parti yang tidak Islam dilakukan berlandaskan hukum dan rujukan al-Quran
dan Sunnah bermatlamat menegakkan Islam dan dakwah Islam.
6. Aqidah ahli-ahli PAS ialah bahawa bumi ini mesti diperintah dan
ditadbir oleh hamba-hamba yang beriman dengan aqidah Islam, yang beramal
dengan syariat Islam, yang berakhlak dengan akhlak Islam. Dan untuk itu
dan ke arah itu mereka berjuang kerana Allah berfirman;
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
"Dan sama sekali Allah tidak membiarkan bagi orang kafir jalan menguasai orang-orang beriman". (Surah al-Nisa': 56)
"Dan sama sekali Allah tidak membiarkan bagi orang kafir jalan menguasai orang-orang beriman". (Surah al-Nisa': 56)
7. Aqidah dan keyakinan serta pegangan ahli-ahli PAS ialah bahawa
bumi ini mesti diperintah dan ditadbir dengan Islam sama ada dalam
pengurusan pentadbiran politiknya, mahupun pengurusan ekonomi
kewangannya ataupun pengurusan sosial kemasyarakatannya.
8. Aqidah dan keyakinan serta pegangan ahli-ahli PAS ialah bahawa
hanya Islam yang sebenar-benar mampu memberikan keadilan kepada manusia.
9. Kebajikan yang diperjuangkan oleh ahli-ahli PAS ialah kebajikan
berasaskan kaca mata Islam dan bukan kebajikan pada kacamata sosialis
atau komunis atau demokratis atau sekularis.
10. Keadilan sosial dan ekonomi yang diperjuangkan oleh ahli-ahli PAS
ialah keadilan sosial dan ekonomi berasaskan kacamata Islam dan
bukannya keadilan pada sudut pandangan sekular atau sosialis atau
liberalis atau komunis atau demokratis.
Maka marilah kita istiqamah meneruskan perjuangan suci dan murni ini agar hidup kita terus dirahmati.
Sabtu 7 Februari 2015/17 Rabiulakhir 1436H jam 12.30 tengah hari
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
No comments:
Post a Comment