25 Feb 2015
Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, kenyataan Pejabat Perdana
Menteri (PMO) mengenai warisan harta Datuk Seri Najib Razak merupakan
tindakan yang mengaibkan almarhum Tun Abdul Razak.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu berkata, PMO tidak sepatutnya bertindak sebegitu rupa, walau untuk menggilap imej perdana menteri.
“Melainkan jika PMO berpatah balik dan menafikan membuat kenyataan kepada (New York Times) mengenai warisan harta itu, ia berdepan dengan tuduhan mencemarkan ingatan pada tokoh besar itu.
“Jentera propaganda PMO boleh melalukan apa saja, malah hingga menggadai etika dan moral untuk melindungi PM dan isteri.
“Bagaimanapun, tindakannya mengaibkan dan menghina ingatan pada Tun Abdul Razak adalah dosa yang tidak boleh ditebus,” kata Kadir.

No comments:
Post a Comment