Sinar Harian
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan
beliau terlibat dalam meminta pegawai penyiasat kes liwat II Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jude Pereira membuat kenyataan
akhbar mendakwa ada konspirasi terhadap Anwar dalam kes itu.
“Saya tak tahu langsung mengenai konspirasi itu. Saya hanya berbual dengan Jude mengenai hasratnya untuk jadi peguam (dalam satu pertemuan sebelum PRU13).
“Kemudian saya hanya maklumkan (Pengerusi MyWatch, R Sri) Sanjeevan mahu berjumpa dengannya. Tetapi saya tidak tahu atas urusan apa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Satu laporan disiarkan dalam portal berita Malaysia Today kelmarin mengaitkan Musa, yang pernah menjadi penasihat MyWatch, dengan dakwaan bahawa Sanjeevan meminta Jude membuat kenyataan itu bagi membantu Anwar dan pembangkang.

No comments:
Post a Comment