Sunday, February 15, 2015

Panelis forum tolak cadangan Negeri Sembilan

14 Feb 2015  

Seorang ahli panel forum mengenai isu tukar agama, tidak bersetuju dengan cadangan Negri Sembilan untuk membentangkan undang-undang baru yang memerlukan pasangan bukan Islam supaya bercerai jika salah seorang daripadanya memeluk Islam.

Beliau berkata undang-undang seumpama itu sebaliknya akan mewujudkan lebih banyak masalah, daripada menyelesaikan masalah salah seorang daripada pasangan berkenaan menukar agama.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, dan membangkitkan kelemahan-kelemahan berkaitan perkara itu.

"Bagaimana jika isteri membenarkan suami untuk menukar agama tetapi masih mahu berkahwin?

"Kemudian, Hakim Mahkamah Tinggi mungkin akan membuat keputusan bahawa pertukaran agama bukan alasan untuk perkahwinan dibubarkan, maka pasangan itu tidak akan bercerai.

"Kemudian, ia tidak mustahil bagi kita untuk mempunyai Shah Rukh Khan dan Gauri di negara kita, 10 tahun akan datang," kata Haniff.

Bintang filem Bollywood Shah Rukh Khan adalah seorang Muslim manakala isterinya, Gauri Khan, beragama Hindu.

Forum yang bertajuk 'Penukaran: Isu dan penyelesaian', dianjurkan oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Hidayah Centre Foundation.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment