Thursday, February 19, 2015

Pasang pistol di baju dalam, wanita ini mati tertembak

19/2/15

Pasang pistol di bra, perempuan ini tewas tertembak
Ilustrasi baju dalam. Shutterstock/Lukas Majercik 
 Christina Bond, 55 tahun, wanita asal Michigan, Amerika Syarikat, secara tak sengaja menembak dirinya sendiri hingga mati ketika sedang memasang pistol revolver kaliber 22 milimeter di pakaian dalamnya.

Polis  mengatakan Bond tertembak di bahagian mata di rumahnya di St Joseph pada Hari Tahun Baru lalu. Dia meninggal sehari setelah dirawat di Rumah Sakit Kalamazoo.

"Dia sedang membetulkan letak kantong pistol di pakaian dalamnya kerana merasa tidak selesa," kata polis,  Mark Clapp kepada Kalamazoo Gazette. "Dia sedang melihat ke arah bawah ketika tak sengaja senjatanya meletus."

Polis  kini masih menunggu laporan bedahsiasat yang lebih lengkap.

Bond, ibu dua putera, bekerja sebagai pegawai pentadbiran di Badan Aksi Komuniti Michigan. Dia juga bertugas di Penjara Berrien County.
Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment