KUALA LUMPUR:
PAS kesal pihak Felda mengenakan peraturan baru apabila mengenakan
tahanan wang jualan sawit peneroka sebanyak 20 peratus dari setiap resit
jualan sawit peneroka.
"Walaupun sebelum ini tahanan wang jualan dilakukan, tetapi ia tidak dikenakan pada setiap kali jualan dan kadarnya dirasakan berpatutan," ujar Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, manakala peneroka yang tiada sebarang hutang dengan Felda hanya dipotong wang keceriaan kampung sahaja.
Tindakan itu, ujarnya menambah lagi bebanan kepada peneroka Felda dalam suasana harga sawit yang rendah dan hasil yang berkurangan sekarang.
"Tindakan ini menyebabkan peneroka kehilangan pendapatan antara RM200 hingga RM300 setiap kali jualan kepada kilang Felda," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.
Menurutnya lagi, walaupun wang tersebut dikembalikan semula dalam masa sebulan, namun ia sangat menyusahkan warga Felda setelah dikenakan potongan pinjaman baiki rumah, potongan tanam semula, ansuran ladang, JKKR, dan lainnya menyebabkan sebahagian peneroka senggup menjual hasil mereka ke pembeli swasta walaupun harga lebih rendah.
Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan kilang Felda akan kekurangan buah untuk diproses dan ia akan turut merugikan Felda. - HARAKAHDAILY 19/2/2015

No comments:
Post a Comment