Thursday, February 12, 2015

Presenter TV dipecat di hari pertama kerana dinilai kurang cantik

12/2/15

Dinilai kurang cantik, presenter TV Saudi dipecat di hari pertama
Presenter TV Saudi Budoor Ahmad. ©Daily Mail
Seorang pembaca berita  wanita di sebuah stesyen televisyeni di Arab Saudi dipecat di hari pertama dia bekerja lantaran bosnya menganggap dia kurang cantik.

Wanita itu mengatakan dia sudah memberitahu pejabatnya untuk pergi bekerja tapi bosnya mengatakan dia tidak akan muncul di televisyen, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail,pada Khamis (12/2).

Wanita itu kini saman perusahaan tempat dia baru dipecat kerana dianggapnya melakukan diskriminasi dan melanggar perjanjian kontrak kerja.

Presenter televisyen yang tidak diketahui namanya itu mengaku dia ditawarkani kontrak kerja di sebuah stesyen televisyen Saudi di Ibu Kota Riyadh.

Dia kemudian terkejut ketika mendengar khabar bosnya menganggap dia kurang cantik untuk muncul di televisyen. Dia menilai ini adalah sebuah pelanggaran kontrak kerja kerana dia tidak diberi kesempatan masa percubaan selama tiga bulan.

Gulf News yang melaporkan berita ini menyatakan,  wanita itu juga mengklaim  pengarah perusahaan itu melecehkannya dengan kata-kata.

Mahkamah di Riyadh akan mendengar kes ini.
sumber :  Merdeka.com

No comments:

Post a Comment