Monday, February 2, 2015

'Saya hanya gesa boikot Cina enggan turun harga'

2 Feb 2015
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa gesaan kontroversinya untuk memboikot peniaga Cina tidak ditujukan kepada semua golongan itu.

Sebaliknya, katanya, ia hanya ditujukan kepada kumpulan itu yang enggan menurunkan harga barang seiring dengan harga baru petrol dan diesel bermula semalam.

“Ya, kenyataan itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun,” katanya.

Harga baru bermula 1 Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70.

Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Penurunan itu berlaku ekoran kejatuhan berterusan harga minyak dunia.

Menulis di Facebook hari ini, Ismail Sabri berkata gesaan itu dibuat sebagai reaksi kepada kemarahan di Internet terhadap peniaga Cina yang degil.

“Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB (Facebook) semata-mata,” katanya.

Beliau juga berkata tindakan peniaga itu seolah-olah sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Malaysiakini

2 comments:

  1. Setuju sangat boikot perniagaan cina. Harga tak bole turun sebab currency RM lemah? Dgn currency RM yg lemah kita bole beli petrol RM1.70/litre. Jadi beli air kopi kat kopitiam RM5.90 utk 1/2 litre tu bukan ke pakai vurrency sama waktu membeli minyak. Ini punya alasan terlalu bodoh sampai ah so pasar pun bole ketawa kaw2.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dgn pemborong2 Cina dekat TNB, Pejabat Pos, Bernas, Malayan Sugar, MAS, Keretapi Tanah Melayu, Ekspres Nasional dan bermacam macam lagi.,,,?

    ReplyDelete