Wednesday, February 18, 2015

Seorang Ketua Polis Dipecat Kerana Makan Salamander

18/2/15

 
 Gambar hiasan salamander China
Seorang ketua polis  di Cina dipecat setelah sejumlah rakan kerjanya memukul   para wartawan yang menemui mereka sedang makan salamader raksasa(spesis mengkarung) dalam satu acara makan-makan mewah.

Wang Yuanping dilaporkan dipecat kerana memerintahkan para petugasnya untuk berjaga-jaga di luar restoran dan menghalangi penyiasatan terhadap insiden yang terjadi bulan lalu.

Salamander raksasa merupakan hewan yang amat langka dan dilindungi

Namun, polis  Shenzhen mengatakan dalam blog mereka bahawa yang mereka makan di pesta itu merupakan salamader yang dibesarkan dalam tempat penahanan.

Mereka juga menegaskan Wang membayar acara makan-makan itu dari poketnya sendiri, namun dia tetap ditamatkan perkhidmatan.

"Perbuatannya ini merupakan penyalahgunaan atas kekuasaan dan dia melanggar displin dengan tipu dayanya," tulis pernyataan yang dikeluarkan  polis .

Acara makan malam diwarnai kekerasan ketika para pegawai menyedari bahawa seorang wartawan memotreti saat mereka meninggalkan restoran.

Media massa setempat mengatakan dua orang wartawan dikepung oleh para petugas dan penjaga keselamatan sebelum dipukul . Perlengkapan dan telepon mereka juga dicuri.

Dua belas anggota polis  yang digantung tugas kerana insiden ini telah kembali ke pekerjaan mereka, kata kantor berita Reuters.
(jor/jor)
 Sumber:BBC World - detikNews

No comments:

Post a Comment