Sinar Harian
SEREMBAN – Upacara sembahyang mayat seorang lelaki mengikut istiadat
Hindu, di Taman Seremban Jaya Senawang, di sini terganggu apabila
pasukan Bahagian Pendakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(JHEAINS), datang menuntut mayat tersebut yang didakwa merupakan
seorang Muslim.
Menurut Pegawai Bahagian Pendakwah JHEAINS, Mohd Zulkarnain Abdullah, A Razak Abdullah@ M Machap, 74, memeluk Islam semasa hendak berkahwin dengan seorang wanita India Muslim, Kosnibatu Ibrahim sekitar tahun 1970-an.
“Ini berdasarkan kepada dokumen surat lahir anaknya, yang jelas tertulis di ruang agama ayah, adalah India Muslim, begitu juga dengan dokumen lain seperti kad pengenalan anaknya, yang menggunakan nama Islam arwah.
“Bagi kes ini, arwah telah memeluk Islam namun, tidak membuat pendaftaran menukar agama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). oleh sebab itulah JPN gagal mengesan status agama terkininya, padahal dalam rekod kita, memang jelas si mati adalah seorang India Muslim,” katanya ketika di temui di perkarangan rumah A Razak di sini, semalam.
Tambah Zulkarnain, JHEAINS gagal mendapatkan rundingan daripada keluarga, sehinggalah mayat tersebut akhirnya dikebumikan mengikut cara Hindu.
Katanya, sebelum ini keluarga memberitahu untuk ke Pusat Pembakaran Mayat di Jalan Templer bagi tujuan keagamaan, namun setibanya di situ, mayat tersebut terus dibawa ke ruang pembakaran, tanpa sempat disekat oleh wakil JHEAINS, mahu pun pihak berkuasa.
“Walau pun kita tidak berjaya menuntut mayat tersebut dan dikebumikan dengan cara Islam, namun itu tidak bermakna kita gagal sepenuhnya.
“Kita telah melakukan tugas yang sepatutnya dengan baik, iaitu menghalang mayat tersebut daripada dibakar, namun ini semua ketentuan ALLAH. ALLAH Maha Berkuasa dan Dia Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi,” katanya.
A Razak @ Machap, disahkan meninggal dunia di Rumah Orang-Orang Tua Taman Bunga Blossom pada jam 7.30 malam, Ahad lalu, akibat sakit tua.
Difahamkan, kelima-lima anak A Razak kemudiannya membawa mayat pulang ke rumah keluarga mereka, sebelum ia dituntut oleh JHEAINS pada jam 11 pagi.
Menurut Zulkarnain, sebelum ini salah seorang anak A Razak ada memohon untuk keluar Islam, dan menggunakan sijil sumpah yang diperoleh daripada Suruhanjaya Sumpah, bagi menukar nama di JPN.
“Dengan menggunakan surat sumpah, anak mereka boleh menukar nama di JPN serta yang tercatat dalam kad pengenalan, namun agamanya tetap kekal Islam," katanya.
JHEAINS, badan agama lain perlu jalin kerjasama
Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Sembilan, berharap pihaknya mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) maklumat setiap saudara baharu yang memeluk agama Islam.
Pengerusinya, V Kandasamy berkata, kerjasama ini dilihat sangat penting bagi membolehkan pihaknya juga menyimpan maklumat mengenai setiap pertukaran agama yang berlaku di negeri ini.
Katanya, jalinan kerjasama ini dapat membantu mengurangkan kesulitan yang kerap kali berlaku, khususnya perebutan jenazah antara keluarga dengan jabatan agama Islam.
“Bagi mengatasi masalah ini dari berulang pada masa akan datang, kita memohon supaya JHEAINS bekerjasama dengan kita menyalurkan sebarang maklumat mengenai pertukaran agama yang melibatkan kaum lain yang memasuki agama Islam.
“Kita bukan mahu menghalang mereka untuk menukar agama, sebaliknya kita mahu menyenangkan semua pihak sekiranya terdapat isu berbangkit, seperti perebutan ini.
“Jika pihak kita juga mempunyai maklumat, senang untuk kita membantu dan memberitahu keluarga keadaan yang sebenar,” katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden, Malaysia Hindu Sangam Kebangsaan berkata, isu ini bukanlah isu baharu, sebaliknya kerap kali berlaku di mana-mana juga seluruh negara.
“Oleh yang demikian, kita mengharapkan satu mekanisme baru perlu dilakukan antara dua pihak, sama ada Jabatan Agama Islam mahupun badan agama kaum lain, bagi menangani isu ini,” katanya.
Sementara itu, Adun Senawang, P Gunasekaran menyokong cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan hal tukar agama Islam ini.
Katanya, saranan Menteri Besar supaya perkahwinan terdahulu harus dibubarkan sebelum membenarkan mana-mana individu itu memeluk Islam adalah sangat baik.
“Saya benar-benar setuju dengan cadangan tersebut kerana ia mampu memberi ruang kepada keluarga mengetahui bahawa ahli keluarga mereka telah memeluk Islam.
“Jika perkahwinan terdahulu mereka terbatal, sudah pasti semua keluarga dan sanak-saudara akan mengetahuinya, secara tidak langsung akan memudahkan tugas JHEAINS, dan kemungkinan besar isu perebutan mayat tidak akan berlaku,” katanya.

No comments:
Post a Comment