Friday, March 27, 2015

Aneh, Gigi Lelaki ini Tumbuh Pohon Jambu

28/3/15

Menjaga kesihatan dan kebersihan gigi, sangat penting agar terhindar dari sebarang penyakit.

Sebab, kadang kala gigi yang tak sihat menyebabkan berkembangnya penyakit di tubuh dan lain sebagainya.

Bicara tentang gigi, ada pengalaman seorang lelaki di Taiwan yang mengalami peristiwa unik lantaran tidak membersihkan giginya.

Seperti dikutip dari NMANewsDirect, lelaki  36 tahun asal Taiwan mengalami sakit gigi bahagian belakang.

Mulanya, ia mengira sakit gigi yang dia alami disebabkan gigi berlubang.

Namun, ketika  dia berjumpa doktor, sakit gigi itu bukan kerana lubang, melainkan tumbuhan yang bersemai di sela-sela gigi.

Setelah doktor melakukan pencabutan, ternyata yang tumbuh itu adalah jambu biji yang masih berbentuk kecambah.

Tanaman jambu itu diperkirakan berumur 10 hari tumbuh di giginya.

Melihat penemuan tersebut, dia mengakui pernah makan jambu sekitar satu bulan yang lalu.

Doktor mengatakan, kecambah jambu yang tumbuh tersebut kemungkinan masuk ke bahagian gigi yang memiliki ruang.

Alhasil, biji jambu itu boleh tumbuh kerana makanan yang diasup lelaki menjadi semacam pupuknya.

Apalagi, si lelaki mengakui dirinya jarang membersihkan gigi.
 
sumber
tribunnews

No comments:

Post a Comment