9/3/15
Seorang bayi berusia 18 tahun di Provo, Negara
Utah, Amerika Syarikat, terperangkap dalam sebuah kereta yang
kemalangan di sungai dingin.
Polis mengatakan, ibu bayi itu, Lynn Jennifer Groesbeck, 25 tahun, meninggal dalam kemalangan itu. Kereta yang dipandunya terjatuh ke Sungai Spanish Fork pada Jumaat malam lalu.
Keluarga Groesbeck mengatakan Lynn berangkat pulang dari Salem sekitar pukul 22.00 waktu setempat, seperti dilansir the Sydney Morning Herald, Isnin (9/3).
Polis wilayah Spanish Fork Leftenan Matt Johnson mengatakan warga dekat sungai itu mendengar sesuatu pada Jumata malam itu dan memeriksa tapi tidak menemui apa-apa.
Berdasarkan maklumat itu, diperkirakan kemalangan terjadi antara pukul 22.00 hingga 22.30.
Seorang nelayan menemui kereta itu pada Sabtu siang. Kereta itu dalam keadaan terbalik di dalam air.
Johnson mengatakan ketika polis tiba di lokasi mereka menemui bayi itu tergantung di kerusi kereta dengan kepala di bawah. Ibunya duduk di kerusi pemandu.
Polis menduga bayi itu selamat dari hawa dingin kerana air tidak mengenai tubuhnya.
"Sungguh ajaib bayi itu boleh selamat," kata Johnson.
Saking dinginnya, tiga polis dan empat anggota bomba yang masuk ke air buat menolong bayi itu harus dirawat kerana kedinginan.
Jurucakap keluarga mengatakan kondisi bayi itu saat ini sudah stabil.
Polis kini masih menyiasat apa yang menjadi penyebab kereta itu melanggar beton pembatas jalan dan jatuh tercebur ke dalam sungai di bawahnya.
Sumber:Merdeka.com

No comments:
Post a Comment