Monday, March 9, 2015

Dua Tahun Menikah 10 Kali. Hebatnya wanita ini

  9 Mac 2015 

 
Shutterstock Ilustrasi perceraian.
TEHERAN, Seorang wanita muda di Iran terpaksa berurusan dengan hukum kerana dituduh melakukan penipuan dengan cara menikahi, lalu menceraikan, 10 orang lelaki  dalam waktu kurang dari dua tahun.

Tuduhan penipuan itu muncul kerana sebelum pernikahan dijalankan, seorang lelaki harus membayar mahar yang di Iran secara tradisional dibayarkan dalam bentuk koin emas.

Dalam kes ini, wanita berusia 20-an tahun yang tidak disebutkan identitinya itu dituduh meminta pembayaran mahar, menikahinya namun tak pernah berhubungan seksual dengan suaminya. Demikian laporan dari harian Iran.

Harian itu melanjutkan, wanita tersebut menuntut mahar sebesar 100-110 koin emas, atau separuh dari yang boleh dia peroleh. Setelah mendapatkan mahar itu, beberapa lama memasuki masa perkahwinan si perempuan kemudian meminta perceraian.

Di Iran, seorang perempuan yang sudah bercerai boleh menghapuskan nama suaminya dari kad tanda penduduk jika boleh membuktikan, melalui pemeriksaan doktor, bahawa dia masih perawan.

Wanita itu dituduh berulang kali melakukan cara yang sama untuk menutup masa lalunya dari para calon mangsanya. Namun di mahkamah, wanita  itu   mengaku tak bersalah.

"Saya tak bersalah. Semua pernikahan saya sah dan semua suami saya menikahi saya tanpa paksaan dan kemudian kami bercerai kerana perbedaan-perbedaan kami," kata dia di hadapan hakim yang juga menghadirkan ke-10 mantan suaminya.

"Berdasarkan undang-undang, selama saya masih perawan, mereka harus membayar separuh wang mahar. Saya setuju menerima 100-110 koin emas dan secara legal meminta nama suami dihapuskan dari KTP saya," lanjut dia.

Aksi perempuan ini terkuak setelah seorang pegawai di pejabat catatan awam di Teheran curiga kerana wanita itu berulang kali meminta perubahan nama di KTP miliknya.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Al Arabiya/ KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment