Monday, March 30, 2015

Hanya kerana berjanggut, lelaki ini dipenjara 6 tahun


Hanya karena berjenggot, pria China dihukum 6 tahun penjara!
Ilustrasi  . ©wired.co.uk
 Seorang lelaki berusia 38 tahun di Kashgar, China, dihukum enam tahun penjara kerana memelihara janggut. Sementara itu, isterinya juga ditangkap dan dihukum dua tahun penjara kerana menggunakan kerudung dan menutup wajahnya memakai burqa.

Kashgar merupakan wilayah Xinjiang yang ramai didiami oleh masyarakat China muslim. Meski begitu, tindakan memelihara janggut dan memakai burqa yang dilakukan oleh pasangan ini didakwa sebagai usaha untuk memicu pertengkaran dan bentuk provokasi oleh sistem hukum di China.

Lelaki itu sudah mulai menumbuhkan jnaggutnya sejak tahun 2010, ungkap sebuah harian China, Youth Daily, seperti dilansir oleh Metro (29/03). Telah lebih dari setahun, pihak keselamatan di Xinjiang memang telah membuat kempen larangan untuk memelihara janggut. Menumbuhkan janggut dilihat sebagai salah satu kebiasaan yang berkaitan dengan kelompok ekstremis.

Sebuah kempen bernama 'Project Beauty' juga mendorong wanita untuk tidak memakai kerudung dan burqa seperti yang banyak dilakukan oleh masyarakat Uighurs, kelompok etnik Muslim di Xinjiang.

Sebelum ditangkap dan dijatuhkan hukuman, pasangan tersebut sudah menerima beberapa peringatan dari penegak hukum di sekitarnya. Sejak awal tahun ini, beberapa orang sudah ditangkap dan dijatuhkan hukuman kerana memelihara janggut. Sementara itu, pihak keselamatan dang Kashgar tak mau memberikan keterangan terkait kes ini.
Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment